RM150.00 ....SELESA...

RM150.00 ....SELESA...
+60134370059

Tuesday, 24 February 2015

Homestay JJ merupakan sebuah penginapan yang selesa untuk pelbagai urusan di Perlis.
Lokasi:
- 7 minit ke UiTM, Kolej Matrikulasi Arau & Kolej Vokasional Arau
- 5 minit ke IPGM Kampus Perlis, ILP Kangar, Kolej Jururawat & Bandar Kangar
- 15 minit ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, UNIMAP Ulu Pauh & MRSM Ulu Pauh
- 15 minit ke Jeti Kuala Perlis & Padang Besar
- 30 minit ke Kolej Matrikulasi Changlun & UUM Sintok

* 10 minit ke kelinik sedhu ram pauh
- Juga menguruskan lawatan melancong ke Krabi/Hatyai dan tempat2 lain di Thailand

Kemudahan
- 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- Astro Njoi
- Kelengkapan memasak



*** sewaan kereta atas permintaan


Thursday, 4 October 2012

KACANG PISTACHIOS (KACANG CERDIK), BADAM (ALMOND), DAN KISMIS UNTUK JUALAN SECARA RUNCIT DAN BORONG....SILA HUBUNGI TEL ATAU SMS KE +6013 4370059 (CIKGU DIN) UNTUK URUSAN...

Monday, 1 October 2012

kemiskinan ERA 2000

Dalam banyak-banyak rumah dan teratak usang yang kami
> ziarah hari itu, kunjungan ke rumah Tok Mek di Kampung
> Lanai Masjid adalah yang paling nostalgic, dan
> meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada
> rakan-rakan saya ini, atau sekurang-kurangnya kepada
> seorang antara mereka yang sebelum ini tak pernah
> turut serta dalam mana-mana expedisi sebegini. Kisah
> beliau akan saya ceritakan di penghujung tulisan ini
> nanti.
>
> Rumah yang kami kunjungi ini dihuni oleh Tok Mek, atau
> pun nama penuhnya Saadiah Bt Yassin, 83 tahun dan
> cicitnya adik Nurfazida Bt Md Radazi yang sedang
> berada dalam Tingkatan 2 di Sek Men Parit Panjang,
> Baling. Kedah. Tok Mek menyara diri dan cicitnya ini
> hanya dengan berbekalkan wang saraan hidup Jabatan
> Kebajikan Masyarakat RM80 sebulan. Wang itulah yang
> digunakan untuk belanja dapur, duit sekolah Nurfazida
> dan lain-lain. Tanah rumah yang ditumpangi Tok Mek ini
> bukannya miliknya; beliau tinggal di situ atas ihsan
> tuan tanah. Rumahnya itu pun didirikan atas bantuan
> jiran-jiran.
>
> Kata Tok Mek:
>
> "Tu, dinding kat dapur tu Ustaz tu yang tolong buat.
> Ni, tikar karpet (lusuh) ni pun si anu tu yang bagi.
> Atap tu pun orang yang bagi"
>
> Dahulu Tok Mek ada beberapa orang anak; kini semuanya
> telah meninggal. Daripada salah seorang anaknya itu,
> lahirlah ibu kepada Nurfazida. Ketika Nurfazida masih
> kecil ibunya diceraikan; ayahnya pula kahwin lain. Tok
> Mek tak pasti di mana ayah Nurfazida berada ketika
> ini. Tidak lama kemudian ibunya pula meninggal dunia.
> Lalu, tinggallah adik Nurfazida sebatang kara.
>
> Sungguh sedih kisah hidup adik Nurfazida ini; hendak
> harapkan kasih ibu, ibu sudah pun lama pergi mengadap
> Illahi. Nak harapkan kasih ayah, Tok Mek sendiri tak
> pasti di mana ayah Nurfazida pergi. Nak menumpang
> kasih Atuk dan Nenek, kedua-duanya pun sudah tiada
> lagi. Nak menumpang kasih adik, abang atau pun kakak,
> Nurfazida anak tunggal, anak yatim sebatang kara.
>
> Lalu, yang tinggal setakat ini hanyalah moyang
> tersayang, Tok Mek yang dipanjangkan usianya
> seolah-olah untuk menjadi payung tempat berteduh buat
> seketika untuk adik Nurfazida, sementara menunggu hari
> ia meningkat dewasa. Sungguh tragis sebenarnya kisah
> hidup beliau.
>
> Sebetulnya, ini adalah kali ke-2  saya membawa
> kawan-kawan ke rumah Tok Mek selepas kunjungan yang
> pertama pada hari cuti Krismas tahun 2003 dulu. Ketika
> itu, saya ada membawa 2 orang sahabat yang ingin ke
> pedalaman Baling menghulurkan sumbangan. Perjalanan
> kami ketika itu mentakdirkan kami singgah ke rumah Tok
> Mek.  Topik perbualan kami dengan Tok Mek pada hari
> tersebut berkisarkan tentang luahan hati beliau
> mengenai sebuah perjuangannya yang pada ketika itu
> masih belum selesai.
>
> Pada waktu tu, adik Nurfazida baru nak beralih dari
> zaman kanak-kanak (darjah 6) ke zaman peralihan menuju
> alam remaja di tingkatan satu. Tok Mek merasa tertekan
> kerana di usia yang meningkat remaja itu, adik
> Nurfazida masih terpaksa mandi di luar rumah dan kalau
> nak melepas hajat terpaksa pula menunggu hari sedikit
> kelam, supaya kelibatnya tak kelihatan tatkala sedang
> mengangkat cangkul menggali lubang.
>
> Meringkaskan cerita, perjuangan utama Tok Mek pada
> tahun 2003 itu ialah untuk mendapatkan sebuah bilik
> air dan tandas yang sempurna untuk cicitnya, adik
> Nurfazida. Dengan pendapatan bulanan RM80 daripada JKM
> ini, manalah mampu nak buat lubang jamban, nak upah
> orang pun mau nak kena ada dua tiga ratus. Kisah
> perjuangan beliau ini yang melibatkan JKKK dll itu ada
> saya paparkan dalam tulisan saya sekitar bulan Dec
> 2003.
>
> Menurut Tok Mek, selepas lawatan kami itu, ada la kot
> dua tiga lawatan susulan oleh orang-orang yang tak
> dikenali. Saya sendiri, kalau tak silap, ada membuat
> lawatan susulan beberapa minggu kemudian. Itu saja,
> selepas itu tidak ada lagi yang datang berkunjung.
> Mungkin kerana nama Baling itu sendiri bunyi macam
> jauh ke pedalaman, maka kurang sedikit minat orang
> untuk datang.  Pun begitu, sumbangan kewangan yang tak
> seberapa yang diberikan mereka itu akhirnya mampu
> merealisasikan Impian Tok Mek untuk mendapatkan Tandas
> yang sempurna buat cicitnya. Tandas tersebut kini
> boleh kelihatan tersergam indah di belakang rumah Tok
> Mek (gambar); alhamdulillah adik Nurfazida tak perlu
> lagi mengangkat cangkul mengorek jamban.
>
> Lalu, kali ini apa pula masalah Tok Mek?
>
> Tok Mek tak ada isu besar yang nak diluahkan kepada
> kami kali ini, kalau ada pun cumalah suatu perkara.
> Kata Tok Mek:
>
> "Kadang-kadang bila rasa sesak (putus belanja), Tok
> dok teringatkan depa yang datang hari tu, Dok Mana?
> Nama Apa? Siapa dia?....selalu dok ingat!"
>
> Sebak aih rasa di dada kami, tapi tak apalah sebab
> agenda kami bukanlah nak jadi badan kebajikan, kami
> cumalah dua tiga orang individu yang seberapa daya
> yang mampu cuba mengenengahkan seberapa ramai yang
> mungkin insan-insan senasib seperti Tok Mek dengan
> harapan akan ada yang sudi datang membantu.
>
> Kemudian perbualan kami beralih kepada adik Nurfazida;
> soalan yang pertama saya tanya:
>
> "Periksa Dapat Nombor Berapa?"
>
> Dia cakap, periksa hat akhir tahun 2004 ini belum tahu
> lagi, lalu saya tanya yang pertengahan tahun berapa?
> Jawab beliau:
>
> "Nombor  SATU!!"
>
> Bukan sahaja no-1, tapi beliau juga mendapat mata
> pelajaran terbaik untuk subject Sains.
>
> Lalu saya tanya mengenai belanja sekolah, sehari
> banyak mana. Belum sempat beliau jawab, Tok Mek
> menyampuk bagitau "Ada la Singgit Dua Inggit"; bila
> saya tanya Nurfazida lagi, berapa ringgit, dia jawab
> "Singgit"; kemudian Tok Mek kata lagi "Singgit dua
> Inggit". Sebetulnya Tok Mek segan nak berterus terang
> dengan kami, dalam perbualan seterusnya, Nurfazida
> bercerita bagaimana wang RM1 yang diberikan oleh
> neneknya itu, RM0.80 buat tambang bas pergi balik,
> RM0.20 lagi dia simpan.
>
> Habis tu, waktu tu rehat tak makan ka? Saya petik dari
> mulut adik Nurfazida sendiri, beliau jawab:
>
> "Tak...tak rehat..dok dalam kelas tak keluar rehat.."
>
> Hampir berlinang air mata saya. Hari-hari itulah rutin
> adik Nurfazida, pergi sekolah semata-mata untuk
> belajar, di kala kawan-kawan sedang riuh rendah
> berebut membeli makanan di kantin sekolah, beliau
> keseorangan dalam bilik darjah mengulang kaji
> pelajaran; kalau rasa lapar dan dahaga cuma minum air
> yang dibawanya dari rumah.
>
> Bila ditanya tak dapat kah biasiswa kecil persekutuan
> RM600 sebulan, belum sempat beliau menjawab, neneknya
> yang sedari tadi berlinang air mata mendengar cerita
> cicitnya ini menyampuk:
>
> "Tok ada la tanya Nurfazida, dia kata kat Tok "TOK
> WEI, ANAK-ANAK ORANG KAYA SAJA YANG DAPAT BIASISWA TU
> TOK WEI, ANAK ORANG MISKIN MACAM KITA INI MANA NAK
> DAPAT!!" "
>
> Rupa-rupanya sudah 2 kali beliau isi borang minta
> biasiswa kecil persekutuan RM600 setahun ini, pertama
> kali pada awal tahun 2003 dan kali kedua pada awal
> tahun 2004; kawan-kawan beliau yang entah berapa RATUS
> ranking mereka dalam kelas pakat dapat tapi beliau
> yang dapat No-1 dan the best student in Science, anak
> yatim pula tu, habuk pun tarak.
>
> &*^$##%^^& sorry lah, saya pun tak tau nak komen apa!!
>
> Kemudian kami tanya pasal buku dan baju sekolah. Buku,
> alhamdulillah dapat buku Teks; tang
> bajunya...masyaallah, Tok Mek tunjukkan kpd kami baju
> sekolah Nurfazida yang sedang tergantung tu. Kata Tok
> Mek, baju tu lah sehelai, pakai pagi, petang basuh.
> Esok pun macam tu juga, pakai pagi petang basuh.
> Tiap-tiap hari macam tu. Kalau hujan nanti
> pandai-pandailah adik Nurfazida sterika atau buat apa
> yang patut. Kami rasa la, bukan saja Tok Mek yang
> patut dapat RM80 sebulan duit JKM, tapi Nurfazida bt
> Md Radazi pun patut dapat juga..
>
> Sayang sungguh  budak yang cerdik dan pintar macam
> adik Nurfazidah ini terabai macam tu, sungguh sayang.
> Saya ini naik emosional sikit bila tulis kisah beliau
> ini, sebab ia betul-betul mengingatkan kepada satu
> kisah benar yang berlaku di kampong kelahiran saya
> yang jauh terpencil berbanding kampong Tok Mek, dalam
> daerah Baling juga.
>
> Lebih kurang 25 tahun yang silam, saya merupakan anak
> kampong saya yang pertama mendapat 5A dalam Ujian
> Penilaian darjah 5, seterusnya menjadi anak kampong
> saya yang pertama ke Amerika; dan mungkin menjadi
> satu-satunya anak kampong saya yang pernah menjejak
> kaki ke Eifel Tower dan mungkin merupakan satu-satunya
> anak kampong tersebut yang pernah menjadi Presiden
> Persatuan Mahasiswa/i Malaysia di sebuah Univerisiti
> di Amerika. Selepas saya mendapat 5A, tidak ada
> sesiapa yang dapat memecahkan rekod saya itu
> sehinggalah beberapa tahun kemudian. Pelajar yg
> mendapat 5A itu saya masih ingat lagi seorang pelajar
> perempuana bernama Norma. Masuk form 1, Norma mendapat
> tawaran ke sebuah sekolah berasrama penuh di Sg
> Petani. Masuk form 2, Norma terpaksa berhenti dan
> pulang belajar di sekolah menengah biasa di Baling
> kerana ayahnya yg kerja kampong itu tak mampu menyara
> persekolahan beliau di sana. Hari ini, pelajar yang
> pintar itu saya dimaklumkan hanyalah seorang operator
> kilang atau pun kerani.
>
> Apabila melihat wajah adik Nurfazida, saya terus
> teringatkan si Norma. Takkanlah ada lagi sorang anak
> Baling yang akan jadi macam beliau?
>
> Dalam kereta UNSER semasa perjalanan pulang, saya
> cakap kepada kawan-kawan bahawa saya akan cuba
> karangkan cerita ini sebaik mungkin, kemudian akan
> saya cc kan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
> sendiri, Datuk Ahmad Rafaei Hj Mahat. Tiba-tiba
> seorang rakan bernama M yang tinggal setaman dengan
> saya menyampuk, kata beliau, Datuk Ahmad Rafaei itu
> adalah cikgunya semasa sekolah menengah dulu. Cerita
> tersebut terhenti di situ.
>
> Setelah berpisah menuju kenderaan masing-masing di
> parking lot Kulim Hi-Tech, semasa dalam Toyota
> Serenanya, M meluahkan perasaannya kepada saya. Dalam
> UNSER tadi ramai, mungkin dia segan. Kata M:
>
> "Hang tulis dulu cerita adik Nurfazida tu, nanti aku
> akan fwd pi kat cikgu aku tu, aku nak tulis:"
>
> 'Ke hadapan guruku, cikgu Ahmad Rafaei, cikgu masih
> ingatkah lagi saya, Mohd.... bekas anak murid cikgu di
> Sek Tinggi Melaka dari tahun 1982-1986, yang
> bersama-sama dengan Hamzah dll dalam kelas 4 Sains 1
> di mana pada ketika cikgu mengajar kelas kami. Cikgu
> selalu mengajar kami supaya prihatin dan mengambil
> berat mengenai ANAK-ANAK BANGSA...hari ini cikgu,
> saya.....(sampai sini, suara M mula perlahan)..."
>
> Kemudian...senyap....selepas itu M, seorang Engineer
> di sebuat syarikat Multinational, menangis
> teresak-esak di hadapan stering Toyota Serenanya. Saya
> pun hampir sebak.
>
> Bila suasana sudah agak reda; saya cakap:
>
> "Tu lah M, aku pun sedih jugak; hang bayangkanlah baju
> sekolah pun sehelai tu saja.."
>
> Belum habis saya cakap, M menangis lagi, kali ini lagi
> kuat...teresak-esak macam di hari saya kehilangan
> ayah. Saya biarkan M sendirian; saya lihat air matanya
> berlinangan sehinggalah kami tiba ke rumah.
>
> Sesungguhnya, memang perit menjadi anak yatim, makan
> minum, duit sekolah, kain pakai tiada yang ambil
> peduli. Patutlah pun dalam Al-Quran Allah SWT banyak
> menyebut betapa perlunya kita mengambil berat mengenai
> anak-anak yatim, sehinggakan zakat fitrah pun, kalau
> ikut kiranya, anak yatim pun termasuk dalam asnafnya
> yang utama.


p/s : Tok mek dalam cerita ni dah meninggal....

Wednesday, 19 September 2012

PESAN SEORANG SAHABAT

Lama tak memosting di blog ini...teringat pesan seorang kawan....:

INGAT DIN.....KATA SAHABAT SAYA ITU.....

ALLAH SWT MEMINJAMKAN KITA JAWATAN....GAJI BESAR.... BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENUNJUK KUASA.....DAH NAMA PUN PINJAMAN.....PANDAI2LAH MEMBAWA DIRI....BERTABIK TUNDUK BILA MASUK TEMPAT ORANG......INGATLAH BETAPA SUSAHNYA DATUK NENEK IBU BAPA KITA DULU....JANGAN2 TIANG SERI RUMAH KITA TU MASIH MERUPAKAN HASIL KUTIPAN ZAKAT ORANG!!!!

 INI MENGENAI KACANG CERDIK


Kacang Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.

Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus.

Saturday, 14 July 2012

SALAM RAMADHAN : KEMISKINAN ERA 2012an....

Dalam waktu yang agak singkat menjelang maghrib itu, saya cuba selami kisah hidup keluarga ini. Menurut Pak Chin (lupa tanya nama penuh dia, mungkin hashim, usin dsg nya), beliau asal keluarga miskin, berbangsat (merantau) dari daerah Pendang ke daerah Baling, mencari rezeki bekerja sebagai NGO (Noreh Getah Orang).

Setelah berkahwin dan bekeluarga, badi kemiskinan masih terus menghantui beliau; tidak mampu membeli tanah mahu pun membina rumah. Rumah kayu ini pun hanyalah rumah sewa dengan ihsan tuan tanah, sewa RM40 sebulan sudah 10 bulan tertunggak. Pak Chin sentiasa hidup dalam kebimbangan kerana bila-bila masa tuan rumah boleh mengusir mereka keluar; jika itu berlaku Pak Chin sendiri tak pasti ke mana harus dituju.

Lampu rumah hanya ihsan sambungan wayar letrik direct dari Dewan Orang Ramai bersebelahan. Air minum pula menurut kata isteri Pak Chin, mereka pergi tadah rumah ke rumah, tumpang paip rumah-rumah jiran yang punya bekalan air. Untuk mandi dan basuh kain baju pula, guna air telaga dari perigi berdekatan.

Apa masalah Pak Chin, walapun berusia 50an tapi nampak macam masih gagah dan sihat. Ya, raut badan Pak Chin memang tampak tegap dan gagah, hasil memanjat bukit dan kebun saban hari menoreh getah. Tapi, kali ini takdir mengatasi segala; mata kanan Pak Chin sudah lama rabun, yang kiri pula kini mulai jadi kelam, jam 10 pagi ke atas bila mentari mula memancar, pandangan mata Pak Chin mula jadi tak ketahuan.

Kecacatan penglihatan ini menyebabkan tak ada Tuan Pokok Getah yang sanggup bagi Pak Chin menoreh, tambah-tambah sekarang ini Getah di Tanah Felda berdekatan yang Pak Chin ambik upah menoreh sudah ditanam semula; pokok getahnya muda-muda, kalau silap toreh boleh rosak kulit pokok getah berkenaan. Diringkaskan cerita, Pak Chin kini kehilangan kerja.

Isterinya pula – saya lihat kurus kedengkiang – sedikit uzur dengan sakit di tekak yang berpanjangan; tak mampu buat kerja-kerja berat. Mungkin kerana kekurangan zat makanan agaknya.

Bila saya tanya Pak Chin, tanpa punca rezeki ini, macam mana dengan makan minum hari-hari, dan macam mana pula dengan persekolahan anak perempuannya yang 2 orang itu; seorang tingkatan 2 dan seorang lagi di darjah 4 – Pak Chin tengok sahabat saya tadi, kemudian pandang isterinya, dan kemudian pandang saya, macam agak keberatan nak bercerita.

Bila sahabat saya ni cakap kat Pak Chin suruh cerita aje kisah hidupnya yang sebenar-benarnya, kot-kot ada orang sudi membantu; dalam nada yang penuh segan Pak Chin habag:

1) Baru-baru ini DUA hari depa sekeluarga tak makan – lapaq tak tau nak habag.
2) Nak makan apanya, beras habis semua habis, DUIT tak ada.
3) Anak-anaknya tak pergi sekolah, bukan sebab tak ada duit belanja (memang tak ada duit belanja pun), tapi sebab LAPAR tak makan.
4) Bila anak-anaknya dok mai merengek cakap “Ayah, Mak, kami lapaq!!” – Pak Chin tak sampai hati, dia gagahkan juga diri dia, pi cari kawan-kawan, dapat RM10.
5) Dengan wang RM10 itu, Pak Chin habag dia pi beli BERAS 2 kilo (Harga RM1.90 sekilo). Selebihnya beli sedikit ikan masin dan lauk pauk.
6) Balik-balik saja, masak nasi dan terus makan – Pak Chin kata sedap tak terkira.
7) Pak Chin makan NASIK bergaul GARAM saja – lauk pauk Pak Chin bagi anak-anaknya makan sepuas hati.
8) Kemiskinan hidup tahap gaban ini menyebabkan Pak Chin dan isteri sedang menimbang dengan serius untuk menghentikan persekolahan anak-anaknya yang dua orang ini.

Bila dengar Pak Chin kata nak berhenti sekolah anak-anaknya ini, saya jadi terkedu - tak tau nak kata apa.

Saya jadi lagi terkedu bila dengar keluhan isteri Pak Chin. Dia kata:

“Bulan Puasa ini tak tau lah macam mana?”

(Mungkin maksud beliau, bulan puasa nanti anak-anak nak sahur dan buka puasa nak makan apa?)




Maka itu, sahabat-sahabat sekelian: di kala kita semua sedang mengadap makanan, tengah tahan lapar nak buka puasa nanti, atau pun di waktu kita tengah berebut-rebut membeli makanan di bazar ramadhan atau pun sedang beratur menahan selera melihat juadah enak buffet ramadhan di hotel-hotel nanti; INGATLAH bahawa di suatu sudut perkampungan sana, ada satu keluarga bernama Pak Chin yang tidak punya peluang menikmati juadah ramadhan seperti ini; Puasa mereka bukan setakat sebulan Ramadhan, tapi ianya berlanjutan sepanjang masa. Sekian.

Saya tulis cerita ini bukan nak minta sumbangan, tapi sebagai iktibar untuk kita semua menjelang Ramadhan yang penuh barakah ini. Moga ianya mampu menjadi tazkirah untuk semua.

Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan Buat Semua.

dipetik dari blog kawan saya : http://moniermatdin.blogspot.com/   ...terima kasih

Sunday, 8 July 2012

MUSIM KURMA DATANG LAGI....SELAMAT BERPUASA....pelbagai jenis kurma untuk dijual.....ayuh order...TELEFON ATAU MSJ SAJA KE: 0195424553  untuk harga terbaik....JUGA TRDAPAT JUS KURMA, KACANG P1STACHIOS....AIR ZAM ZAM....DLL





Tuesday, 3 July 2012

ALKISAH OLEH CIKGU DIN.....KOMPILASI KISAH2 DARI FB cikgu din hem

KISAH 1


TAJUK :ilmu untuk jadi kaya!!!...pada suatu malam yang gelap gulita...aku menunggang motosikal honda fame cabukku...hatiku berasa seram sejuk almaklumlah jam dah menghampiri 12.00 tengah malam...melintasi kubur pulak tu....tiba2...melintas bayangan putih lantas menahan motosikalku....aku berhenti sambil hidungku kembang kempis menghidu bau2 yang pelik2...eh...takdak la pulak bau pelik2...aku lantas menumpangkan seorang tua berjanggut putih dan menghantarkannya kerumahnya....sambil berbual2 semasa menaiki motosikal fameku...tidak pulak aku pernah mengenal orang tua ini....pelik2...setiap hari melintas...tak pulak kenal...sesampainya di rumah orang tua itu...dia lantas memberikanku sebilah keris bersilang...katanya...kalau anak mahu kaya raya maka cubalah masukkan keris ini ke sarungnya....nescaya anak akan menjadi sekaya Ananda Krishnan!!! kini setelah hampir 3 tahun aku masih belum boleh memasukkan keris bersilang itu ke sarungnya......waaaaa
ni dia kris tu : http://www.google.com.my/imgres?um=1&hl=en&sa=N&biw=800&bih=411&tbm=isch&tbnid=o3uhNJ26VTvLzM:&imgrefurl=http://ismizalizalu.blogspot.com/2010/11/syiling-rm1.html&docid=UIXIhSP2l34tiM&imgurl=https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlwdxzKEENqthA6Lc_OzLOpm9u0eGjAcV5ONUJwzhH30pM-ifsAgoOEbj-vPlUi-9Cf6mFRFp4QX88t94TsHRytsBKWe8lGR5zGyO8eBEAwK-RvikSJ5QYH-YrC2vD5NIJZBYAnbOClLUn/s1600/DSC03151.JPG&w=640&h=480&ei=uVb6T8ajM4rrrQfG9OG8Bg&zoom=1&iact=hc&vpx=394&vpy=81&dur=78&hovh=194&hovw=259&tx=181&ty=133&sig=104830816445015587721&page=3&tbnh=107&tbnw=150&start=21&ndsp=12&ved=1t:429,r:2,s:21,i:149

 


KISAH 2


LOKASI : Rumah kenduri....tarikh: Mei 2012...kira2 jam 234 petang...watak..1) aku (penulis)..2) Cikgu Non (bukan nama sebenar).....Apa kbabaq cikgu Non lani tanya aku....Alhamdulillah baekkk jawab cikgu non....dok mana la ni? skolah lama lagi ka?? tanya aku...Yala dok situ la sampai pencen kot 3 taun lagi...kata cikgu non...depa tak bagi jd GB ka hapa ka...kata aku....Saja tak mau...kata cikgu non...P ka kenduri dekat sekolah saya kemarin??? tanya cikgu non....ooowh p...makan lembu sakan jugak....tak nampak cikgu non pun...? kata aku...Tak pangge pun...budak tu bekas murid saya la...anak beranak sekolah situ...kata cikgu non....KOT2 LA NAK P TAUK KAD SEKEPIN DI SEKOLAH TU....tambah cikgu non dalam nada sinis......MORAL OF THE STORY: ??????


KISAH 3


KISAH A.....semasa aku bersekolah rendah dulu...pernah disuuruh bapaku mengait buah limau cemboi..."kait buah limau tu bawak p kat cikgu di sekolah...." kata bapaku...lantas semasa hujan renyai2 aku mengaitkan dan dibawa kepada guruku ke sekolah keesokan harinya...."cikgu, ini limau cemboi untuk cikgu..."kataku sambil tersengih...."terimakasih..tarimakasih banyak2" kata guruku....aku lagila tersengih bangga berbesar hati kerana telah menerima penghargaan dari guruku....
KISAH B....kini...semasa aku menjadi guru....ada suatu ketika itu muridku membawa buah konen(kuinin) untuk diberikan kepadaku....."nah cikgu buah konen saya bawa untuk cikgu..."kata muridku...."terimakasih..tarimakasih banyak2" kataku....sambil mengimbas kembali kisahku suatu ketika aku bersekolah dulu....tetapi sebelum aku berlalu pergi...muridku itu berkata..."MAK CAKAP BUAH KONEN TU RM3.00 CIKGU...."...OWH OK2...NAH LIMA RINGGIT!!!..kataku sambil tersenyum bagai bapak kambing yang melihat pokok cili melaka!!!!!!!!



KISAH 4
LOKASI :lebuhraya kuala perlis-changloon menghala ke Changloon..di sebuah gerai mempelam...watak: 1. pemuda 2. penjual mempelam......salam bang...kata pemuda....salam...jawab penjual mempelam...errr mempelam harumanis ader bang...tanya pemuda dalam loghat selangor...ada2....banyak ni hah...jawab penjual mempelam....yang maner satu harumanis??? tanya pemuda ingin tahu....yang ini la encik....RM22 sekilo!! jawab penjual mempelah....CHIH...KELENTONG PUNYA KAKI, HANG INGAT AKU ORANG SELANGOQ KA?? NAK TIPU...MEMPELAM SALA HANG KATA HARUMANIH...PHUI!!!!.....kata pemuda sambil berlalu pergi........
soalan : Percayakah anda bahawa peristiwa tersebut benar2 berlaku????



KISAH 5


lokasi: kedai sarapan di tepi sawah...845pagi 22 mei 2012(cuti MSSM ke 54)...watak : 1. penulis (aku)..2. pakcik lebai...
seronok cikgu na.....cuti pulak...kata pakcik lebai...aku tersengih...errr...besa la pakcik oiii....waktu kerja kita keja la....kejaan bagi cuti kenala cuti....kata aku...kerja cikgu ni cuti banyak no.....kata pakcik lebai...errr...tengok ja cuti banyak....kerja pun banyak....kata aku lagi...tapi pacik nampak keja cikgu ni relex jaa.....kata pakcik lebai....kkerja belambak...siang malam...kena peksa kertas, sukan, kursus, isi borang itu ini, online,,kakkong dll banyakkkkkkkkkkkk....kata aku agak cenge.....!!! hola....laguni la cikgu....kita tukaq keja mau???cikgu mai buat bendang dan motong....saya pulak p ganti cikgu....jadi cikgu???? kata pakcik lebai....ISH..PAKCIK LEBAI NI NAK KENA SEBIJIK NIH....kata aku didalam hati....



KISAH 6


saya ada sorang kawan zaman sekolah menengah dulu2. hidup keluarganya susah...amat susah...kais pagi makan pagi....kalau nak ke rumahnya...kena naik bas ke kota kuala muda,,,kemudian naik sampan 40 minit meredah hutan nipah..ayahnya nelayan miskin..ibunya lebih banyak berkemban daripada memakai baju dek kerana hanya mampu membeli baju ketika hari raya sahaja....bila SPM 1985 diumumkan....dia gagal....penat saya memujuknya mengulang SPM.....dia enggan.!! alasannya : "MAK AYAH AKU TAK SAYANGKAN AKU!!!" katanya... ketika saya berkunjung ke pondok usang mereka.....memang saya nampak kedua mereka seolah sebegitu....ayahnya sibuk membaiki pukat...ibu asyik memasak....kehadiran saya sebagai tetamu seolah tidak di hirau.....
baru2 ini ketika majlis reunion....saya bertemu kembali rakan saya ini....di kini PENTERJEMAH UNDANGAN DBP setelah menamatkan ijazah sarjana perterjemahan!!!! sempat saya korek rahsianya...bagaimana boleh dia menukar fikiran untuk menyambung pengajian....."HANG TAU DIN....MAK AYAH AKU RUPA2 SAYANGKAN AKU!!!!"". Rupa2nya ketika dia tidur di suatu malam....ibunya menghampirinya..apa yang dia rasakan ialah hangat air mata ibunya menitis sambil mengusap lembut rambutnya sambil berkata...: "mak tak tau nak habaq kat chek....mak sayangkan chek...mak nak chek sambung mengaji..." ..."mak nak chek jadi manusia berjaya...."
"esoknya awai2 pagi lagi aku p sungai petani pi daftar ambik SPM semula.....AKU TAU MAK PAK AKU SAYANGKAN AKU TAPI DEPA TAK TAU NAK MENZAHIRKANNYA..." kata kawan saya tu....

SELAMAT HARI IBU SEMUA